Tuesday, August 31, 2010

TQ Wan!! :D



baru je dapat parcel from Wan pagi tadi.
oleh kerana aku takleh access FB untuk cakap thanks kat Wall ko, aku cakap thanks kat sini yea :D


all the way from Bristol, UK :)


tadaaa..! (err tart nenas tu not included ye ;p)

ingatkan wan mintak address sbb nak anta kad kawen kad raye je.
skali ada kad raya plus 2 pasang dress for athirah! terharu sgtt pliss! cantik2 dressnya, H&M lagi tuu. bolehla dilaram time raya nnt ;)
TQ auntie Fira! hikhik boleh ke panggil fira? :D


my very 1st kad raya tahun ni :D or mebbe the one & only kad raya ;p

dulu2 meriah kan hantar kad raya bagai. kopak duit bapak i sbb asik2 mintak duit beli kad raya. selagi ada org kenal sumer nak hantar kan, penpal bagai pun sumer terlibat same ah. tu belom campur duit setem. pastu excited bile posmen dtg, sibuk check kalo ada kad raya untuk kite hhihi. pastu sibuk buat collection, susun dalam bakul la. yang besar or cantik letak atas skali. nak gantung tak boleh sbb mak ai marah kihkih.

nowadays org prefer hantar sms je. kalo hantar kad raya tu agak2 dicop buang tebiat sket. nak harap kad raya pun ala2 kad raya tak brapa ikhlas dari vendor je lah kan ;p kalo malam raya lagi la, sementare kaco rendang berpuluh2 sms raya dapat. nak2 pulak sms foward, tak pun sms panjang2 sampai 2-3 page satu sms. hihi. takpe la janji ikhlas kan. at least kite tau ada org still ingat kite. cuma kdg2 tak terbalas semuanye. or lebih teruk lagi kdg2 tatau pun sapa yang send *opppsss!* ;p

errk errkk dah out of topic
kesimpulannye wan, aku sgt happy dapat parcel dari ko ni, thanks byk2 tauu! *virtual hugs!*
umm, so camne aku nak membalas budi baik ko ni? adakah patut aku poskan rendang tok? hihihi :D





yang ke 53

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53!






Kemerdekaan harus disanjung dan dipertahankan.
seburuk or setakbest mana pun, kita hanya ada 1 Negara. so jgn la nak kutuk or benci2 sangat ye.
Negaraku. bukan Negarakuku.












Merdekaaa!!

hihiks

*seronok dapat tgk documentaries on Mahathir, SuperMokh, Al-Maunah (tu je yg sempat) masa balik kg aritu. rumah putrajaya tak subscibe channel NGEO & HIS huhu :(

**malasnye nak keje esok! tskk! raya cepat sikit plis.
opssss wpon dpt rm500 aje esok, harus ikhlasss bekerja ye (self reminder) background music lagu Warisan- Sudirman, kasik insaf skett ;p



Wednesday, August 25, 2010

ramadhan 13 & 14

wahh bajet diari ramadhan rafique kekdahnya..

semalam ala2 malas sikit nak masak sbb terlewat sampai rumah (blame the traffic jammed!!) wah sampai 2 tanda seru, macam lah jammed sgt kan ;p
so buat nasik goreng cina aje lah +ayam & ikan bilis goreng. +sambal sotong yg tak abis smlmnye sbb terlepas sahurr huhu ;p


athirah makan bertambah2 ;)

esok insyaAllah 1st time nak berbuka dkt luar dgn teena & teh :D (can't wait!)
& lusa berbuka ramai2 kat rumah yani & din :D
& then wknd berbuka dkt kampung dgn family!! *yeay cant wait cant waitt*

next monday pun dah apply leave, (too bad putrajaya tak cuti nuzul quran)

p/s: makcik jahit ajaib, make sure baju raya saya siapp ok :D *wah mcm la dia baca kan* haha



oh ni ada gambar athirah last nite..




anak dara i ;)


wearing her oversized crochet hat ;p

patutnye last nite nak pegi visit one of my friend yg baru deliver. tapi tak jadi, something happened & terpaksa patah balik huhu.. :(

ok itu aje.
*jom google nak masak ape ari ni* :D





Tuesday, August 24, 2010

ramadhan 8-12

ingatkan bulan puasa ni 'slow' sket la kerje, but nehiii nehiiiiii. kerja mcm kuda *wahh kuda kerja kah?* tau2 je dah 530pm!

pastu tergopoh gapah balik, amik athirah, dan kelam kabut memasak. sudah hampir separuh bulan puasa tapi so far tidak pernah miss masak lagi. param pun tak penah jejak lagi tahun ni. ajaibbb.. sungguh bukan fatihhanim ok! *lol*

aritu ada la 2 kali plan nak gi param, so sesudah sahur terus menanam cita2 tanak masak utk berbuka. boleh la pulak dua2 ptg tu hujan lebattt kann.. tskk! :(
sudah nya balik rumah, masak la jugak huhu.. tak kasik chance langsung

ada skali tu hubby tapau ayam percik sbb teringin, skali ayamm dia basiiii daa! urghhh! wpon makan 2 gigit je, cherry berry we'ols the next day tau, kejiness! :(
{note to hubby: walaupun i tak la pandai sgt memasak, tapi at least i tak pernah menyebabkan kita sekeluarga cherry berry taw}

ok yg ini rekod persendirian- last friday adik laki saya cakap nak dtg berbuka bawak kawan2 skali. hmm pikir2 ape nak masak kan. dipendekkan cerita ada la hamba Allah tu dgn kamikazenye menjanjikan nasi beriani sebagai juadah utama *wah tak agak2*
tapi mujurlah wpon 1st attempt, mak berjaya dek non~! *nangis kesyukuran*
plus ayam masak merah, daging kurma (1st attempt juga ;p) & sayur campur dlm masa sejam suku tu. jgn gelak ok, i tau uols jauh lebih terer tapi utk i yg sungguh2 beginner ni, kire masuk guinness book of records sendiri la org kata ;p


bab presentation abaikan plis.
{note to hubby lagi: dy, kalau u nak i masak hari2 jom pi langkawi borong corelle ihiks} -*ini nota seriyes*

ayam masak kicap, telur dadar & nasik putih as back up kalau2 adik i & kawan2 nye tak cukup makan. (sbnrnye back up awal2 takut nasi beriani tak jadi ;p) last minute my sis pun join & bawak kawan.
alaa lupa pulak nak amik gambar nasik beriani tu (watak utama). sebbaik ah jadi, kalo tak sia2 bukak kotak periuk nasik baru *hadiah kawen 3 tahun lepasss* hahhaa. tapi mmg canggih aa rice cooker tu, nyesal tak gune dari dulu? kan nurul? hikhik


teraweh berjemaah kat rumah

sat- spent at PIL's place
sun- gi cari baju melayu hubby kat PKNS. end up tak beli pun (sbb size abis). punya la crowded. ingatkan pegi wknd before gaji kot kurang aa sket orang kan. then gi SACC mall lak. dpt la beli sepasang baju melayu kat gulatis. wpon kalernye agak terang benderang, tapi selambe ahh hhihi kata rayaa kann, more meriah the merrier :p

haa masa kat mall tu asik la nampak org bawak belon upin&ipin. tapi tak jumpa lak org jual. time nak balik tu, ada 1 family dpn kitorng tu bawak 2 belon upinipin. hubby tanya la beli kat mana, drg kata PKNS. huhu mmg tak la kan nak patah balik sana semata sbb nak beli.
then bertembung lg skali dgn drg kat autopay machine, org tu dgn murah hati nye kasik 1 kat athirah :D kesian agaknye sbb athirah dok stare & tunjuk2 belon tu hikhiks :D thanks la kat org tu, semoga murah rezeki dia, Amin..


aik daddy, sorok muka nampak? takut jatuh saham ke? kihkih ;p


athirah kata "tuuu.. upin fly" :)


ok lah tu aje. hv to prepare for tomorrow's presentation.
hopefully after presentation tomorrow free sket dah :D

nite lovelies, sweet dreams! *muahh*






Thursday, August 19, 2010

yang mana satu?



ahh confuse! lunch break ni nak pegi either..

OR

???

sbnarnye metrojaya sales tu dah pegi kemarin *wah kemain seawal hari pertama dah serbu ;p* tapi lunch break kejap sgt so tak sempat tawaf abis kan. tak sempurna ibadah shopping i gitteww ;p **petir!**

yg dkt precint 16 tu flyer mcm tak menarik, takut barang2 pun tak menarik? huhu ada kaitan kah?!

metrojaya sales tu till 9pm
branded bazaar tu till 12pm



*ahh mana satu nak pi nii?!*

**[to opismate]: partner in crime shopping, sapa nak pegi sila roger ok! ngee :D




terlupa!



1) aiseh terlupa sebenarnya dlm entry before ni nak bagitau:
lepas athirah lumur rambut dia dgn vaporbalm tu, esoknya terus hilang selsema dia (yg dah sebulan dok beringus tu!) Gone!
hihi sabo je lah.. pandai athirah cari solution sendirik ye ;p


2) Sorry mommy terlupa ari ni athirah genap 19 monthss! aiyooo!
tu la dah lama tak update pasal milestone athirah kan :( kalau sempat tmorrow mommy buat k sayang? ;) *ewah mcm la athirah check blog ni besok ;p*
wpon mommy ni garang, mommy loves u SOOO MUCHH tau honey! hikhik


sneak preview: awek Woody dlm toy story 4 ;p





Wednesday, August 18, 2010

vicks / vaporbalm for kids & babies

merujuk kepada entry saya yg ini, puan thara telah mengemukan 1 komentar berhubung penggunaan vicks ke atas bayi dan kanak2. wah bahasaa ;p

teringat penah dapat email pasal bahaya sapu vicks kat kanak2. tapi tak ingat aa detail dia. tapi terpengaruh jugak aa sebenarnya. so tak penah apply Vicks kat athirah wpon dia kene selsema.
(cth: read here & here)- both cases about putting a dab of Vicks VapoRub under children nose.

tapi baru2 ni athirah kene selsema teruk jugak la coz nearly sebulan tak kering2. my mom mcm bising2 la kenapa tak sapu Vicks. dia kata kitorg kecik2 dulu kalau selsema, dia sapu kat dada & blakang badan. elok je pastu. kire tu 'weapon' dia aa kalau nak bagi ilang selsema.

then i bgtau la pasal Vicks tak elok etc2. pastu my mom cakap, "mama sapu vicks kat korang dulu elok je tiga2 hidup & masuk universiti" hamikk kau hihi..
sama macam another case- my mom la pelik apsal beli botol susu sampai rm30 each padahal boleh beli yg rm3 sebotol ;p ni kes BPA la etc. dia kata- "haa ko tu elok je sihat masuk univebersiti pakai botol 3 hinggit" (again.. ;p) *lol* tapi i still pakai BPA free bottles la, kalau dah tau ada mudarat tu, try la avoid kan.
(teringat statement ayah kyra - 'anak2 zaman sekarang ni bela anak guna internet lepas tu anak masuk hospital...") ;p


so i pun pegi la beli jugak kan.
tapi instead of beli vicks vaporub, i beli children's vaporbalm ni. (a.k.a bahan lumuran rambut athirah aritu ;p)



this vaporbalm is slightly mild compared to adult's Vicks. & bau pun mcm sweet2 (strawberry fragrant). i sapu bila athirah tido je. tu pun kdg2 je & tak byk. or sometimes sapukan dkt tapak kaki dia & pakaikan socks but never under her nose! (mebbe boleh kot tapi xmolah).

-"it stated that an ingredient called Camphor that is found in the normal vapor rubs may be toxic to babies (as some babies can be allergic to camphor). but 21st Century Children's Vapor Balm does not contain camphor." - source

-"vapor balm sesuai utk kanak2 bawah 2 tahun" - source


ok itu sahaja
thanks for reading ;)

Monday, August 16, 2010

ramadhan 5,6,7



wknd bbuka di rumah mentua. sronok dpt gather & berbuka ramai2.
tu la nikmat berbuka puasa kan :) *kejap je dah seminggu puasa*

hmm.. ahad bbuka kat rumah.
haa ni nak cite, ada la sekejap tu smntare i masak & hubby smayang asar, athirah diam2 menyelinap naik atas. panggil2 tak jawab. senyap jee..
so hubby pun pegi 'kutip' dia kat atas.
pastu dgr hubby dok membebel2.
rupanya2 athirah dah lumur setengah botol vicks (sbnrnye vaporbalm) dekat kepala dia! *mommy hantuk dahi ke dinding kali ni*

terus lap2 kpale dia (yg lenjun berminyak dgn vicks). then basahkan dgn air & shampoo. terjerit2 aa dia sbb 'berangin' kepala kan. dahla pakai vicks, kena air pulak tuu. haaa rasekann.. (kesiann, tapi gerammm pun ada ;p) sebbaik dia tak menangis. risau jugak kalau termasuk dalam mata.
eeeeee athirah, athirah. bulan puasa ni mmg menguji kesabaran mommy betulllahh! ;p

sbbaik vicks kanak2. kalau vicks biasa tu confirm pijarr tak hingat wuwuwu.. sudah nye sampai tido smalam dia berbau vicks. rambut pun berminyak & kejung2 semacam. haha sabo je lah ;p puas i membebel kat dia, athirah ni, rambutt dah tak brapa nak lebat, sapu dgn vickss pulakk tskk!


alaa mommy ni, rilek aa.. athira nak buat treatment rambut laa ni pakai vicks tu
(bukan gambar semalam)


menu sampingan
-homemade carrot juice, bubur lambok (made by FIL), agar2 milo
agar2 tu buat lebih, bagi cikgu2 athirah kat nursery


arini nak share vc 'bergembiralah wahai wanita'. mebbe ramai dah tgk kot. tazkirah by ustaz kazim. sblm ni selalu dgr nama dia je, sbb mak abah saya selalu mention nama dia. kalau ustaz kazim dtg bagi ceramah kat masjid dpn rumah tu, confirm drg tak miss.



Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam-
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh-
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan- Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


happy fasting everyone! :)
& selamat menambah ibadah. (sedih last nite terpengsan 8pm-5am huhu) nape penat sgt aa? kena amik supplement lebih aa camni.

quote status member kat FB: "posa dah hari ke 6, quran dah berapa juz?" *tersedak!*

Friday, August 13, 2010

ramadhan 3 & 4


day 3

ni menu buka puasa semlm (sempat amik gambar sbb hubby sampai lambat:p
selalunya siap masak ngam2 time berbuka. so kena pilih menu2 yg bajet boleh siap dlm 50mins gitu. +masak nasik & bancuh air. and oh, sambil2 melayan athirah juge. semalam smantare masak dia pecahkan botol ubat sebijik, sebbaik tak luka :( haiyohh!


ketam masak lemak, ayam masak merah
tempe goreng + kicap pedas, sayur goreng campur

lepas tu smyg teraweh (kat rumah)
cuba tgk apa athirah buat sementara mommy&daddy nye semayang..

habissss tumpah ikan bilis+kacang+tempe goreng yg simpan dlm tupperware, grrr!


sempat lagi posing tuu ;p


kan dah kena babab dgn daddy!

ade je lah benda yang dia buat setiap 4 rakaat kitorng smyg tu. 2 kali kena tukar baju & sluar. adoilaa..
lepas teraweh layan nescafe, pehh terbaikk! memang segarr je mata. siap layan john q sampai kul 2am. tapi yang tak bestnye, terlepass sahurrrr! sedar2 5.50am! huhuhuhuhu


day 4

arini lepak kat rumah je, kemas2, basuh baju, blend bwg, cili etc.
jap lagi nak balik rumah PIL, berbuka kat sana. tak larat nak gerak skang sbb panassss sgt :( tadi smpat buat ni utk bawak balik sana.


sambal sotong

puding cocktail
(belah kanan tu habis berlubang2 sbb athirah tujah dgn jari dia, aiyyaya! *tepuk dahi*)

ok lovelies,
selamat berbuka puasa!
rasanya wknd ni ramai balik berbuka dgn family kan? ;)



Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga-
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat-
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima-
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.



Thursday, August 12, 2010

tempat buat passport tak ramai orang


hello lovelies, how's your ramadhan?
my 2nd day was 'better sket kot' than 1st day, alhamdulillah.
managed to cook few dishes for hubby, + dessert too :) *hilang penat bila hubby puji sedap* hihiks

arini nak share pasal tempat buat passport tak ramai orang.
dulu i buat passport kat airport lama subang tu. perghh ramai giloss tak ingat. pagi2 lagi queue dah panjang sampai keluar pintu. petang baru dpt settlekan semua. (terpaksa amik cuti huhu)

then teringat last few months my dad cakap ada immigration office (yg boleh buat passport) baru bukak dkt precint diplomatik, which is sgt dekat dgn rumah saya tau. my dad terjumpa masa dia pegi jogging kat area tu. nak harap saya perasan, tunggu tahun depan pun belum tentu lagi ;p

so last week kitorng saje je la pegi (kebetulan nk pegi klinik kat area situ), bawak athirah skali.


mamai pagi. malas jalan sendiri ;p


kosong je ni mommy? tutup kot?


time tu 9am, tapi still lengang hihi suka!


*ada umpan cokelat di tangan*

so pegi amik & isi borang, amik gambar athirah, amik no, buat payment.
all settled in 30mins! :D
9.30 dah boleh masuk ofis, x yah amik cuti :)


nak conquer sumer kerusi ;p

now drg dah revise policy, 'siap 1 jam selepas bayaran'.
so tghari tu time lunch saya pegi la amik. & guess what, still lengang (ada less than 10 cust)

so lps ni sapa2 nak buat passport cepat & tanak tunggu lama2, dah tau nak pegi mana kan? :D





Wednesday, August 11, 2010

ramadhan 1

smlm putrajaya jammed teruk.
errr.. in fact dari basement parking ofis lagi dah jammed. kelam kabut la dibuatnye sbb nursery kata kena amik budak2 paling lewat 615pm, then nak balik nak masak lagi kan.
tu la sapa suruh tak tukar WP1(730-430) hukhuk.. skang maintain WP3 (830-530). takpe lah nak buat camne, terlajak kereta boleh digostan, terlajak WP tunggu je la bulan depan

1st day puasa semalam ok la, tak terasa sgt penat & laparnya, alhamdulillah.. tapi tgh dok stuck jammed2 tu, perut start berkeroncong sampai sakit kepala dibuatnya. dalam hati kata err.. macam tak larat je nak masak ni ;p rasa mcm nak baring dpn tv je layan epilog syurga cinta sampai berbuka buleh? kejiness

kebetulan hubby call & offer nak tapau mknn. so selambe ah.
1st day bbuka dah kantoi nampaknye *shame shame* tapi sedap jugak nasik kukus ayam rempah semalam hihi, licinnn ;p
lps semayang maghrib, still sakit kepala. nak tgk tv pun berpinar2 sob2. tau tau je dah lelapppz (seriyes tak sedar ape)



sedar2 dah 12am++. athirah & hubby pun dah tertido dpn tv. kepala still sakit lagi, tido balik ah. tersedar balik 3.30am sbb dgr bunyi2.
hoh, pencuri kah?!..
oh rupanye2 athirah tgh menyelongkar toys dalam gelap tskk! bila masa pulak dia bangun niii? (*-*)

by this time sakit kepala pun dah kurang sket, bgn solat, & masak! sebbaik aa ada athirah temankan hehe.. dgn dia2 bersahur makan nasik sekali ;p

hari ni tatau lagi macam mana. hopefully tak jammed mcm semalam.
berbuka kat masjid pun mcm best gak, lps bbuka boleh semayang terus, habis teraweh siap ada moreh lagi ;p takyah nak penat2 masak & kemas kan? *bunyi mcm pemalas la pulak ;p tapi jgn salah paham ye plis*

insyaAllah esok nak bawak athirah semayang terawih kat masjid. nk try test macam mana kekdahya. kesian hubby, dia mesti teringin nak pegi teraweh kat masjid, tapi tak sampai hati nak tinggalkan saya & athirah kat rumah. so solat teraweh berjemaah kat rumah je lah. tu pun ntah brapa kali athirah lalu lalang dpn kitorng bawak toys lah, trolley la, golek2 kat sejadah lah, ba ba chak lah, nyorok dalam telekung mommy lah. saje nak attention kot sbb dia tgk kitorng mcm tak peduli dia (ye la tgh semayang kan). sabaa je lah ;p

hmm, sekian je la bebelan saya arini.
nak nap kejap, mengantuk! (*_*)

selamat berpuasa semua! :)

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Ramadhan..!





"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah memfardhukan atas kamu supaya berpuasa. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan"

***



Alhamdulillah dipanjangkan umur bertemu dgn Ramadhan tahun ini.
terasa syahdu pulak nak puasa ni huhu.. tu la specialnye ramadhan kan, 'sesuatu' betul perasaan nye :)

-ini ramadhan ke4 berpuasa dgn hubby, & yg ke2 dgn athirah hani ;)

-this year takde lagi surau sementara kat kwsn kejiranan rumah saya :( yg paling dekat, surau sekolah. hopefully dapat bawak athirah pegi terawih, dapat few times pun jadilah, insyaAllah.

-hopefully ada 'kudrat' nak masak hari2 bekerja. at least utk 2-3 minggu yg awal ni. wknd balik berbuka rumah mentua. mak mentua saya masak sedapp :D

-harap2 dapat balik kampung at least sekali. tahun lepas berbuka kat kg, tambah 3 kali ;p *gemuk pun gemuk lah, sapa surah mak masak sedap sangat!* ;p

-semoga tahun ni tak miss sahur. athirah, sila jadi alarm clock plis! :D



Saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada u'ols semua :)

Selamat menjalankan ibadah puasa, semoga memperoleh keberkatan serta hidayah dari yang maha Esa, insyaAllah!





Monday, August 09, 2010

fenugreek capsules




*bunyi cengkerik**bunyi cengkerik*

tak sempat nk update uols, banyak benda nak kena settlekan before start berpuasa ni. nnt2 lah bila mengantuk keje time bulan puasa, cuba update satu2 *wahh, niat sesuateww di situ ;p*

ok la, arini nak tolong 2 of my friends cari pil fenugreek. susu merudum katanya. tambah2 nak puasa ni kan. yang minum2 drg tanak, nak makan pil sahajork.



so lovelies, anyone can suggest mana nak beli pil fenugreek tu eh? dah try cari kat few online shops tapi tidak ketemuan. boleh tolong nggak ibuk?
makasih dong~!



*kalau boleh suggest any recommended brand lagi bagus :D

Thursday, August 05, 2010

arissa bday & lepak w besties



omg cepatnya dah jumaat semula!! *nak pi mana ek lunch break esok? ;p*
mcm cepat sgt masa berjalan kan? next week dah puasa, nnt tau2 dah dekat nak raya, then dah hujung tahun etc. tskk!

ekceli i tgh masak agar2 ni (esok ada pot luck), tapi lambat pulak nak tunggu dia cair. athirah & hubby dah tido. mcm sangap la pulak nak tunggu agar2 ni siap. so lets jom update blog ;p

ni last 2wknds kot. bday arrisa.
elok2 je sampai depan rumah kyra, athirah muntah membuak2 tak ingat. habis baju & car seat semua :( minggu tu dia muntah once a day, 4 hari berturut2. hilang selera makan etc. check up kat klinik, tengok2 turun 1 kg! :( alhamdullillah now dah ok & makan macam biasa.

layan gambar je lah eh (i nak pi kacau agar2 ;p)




happy birthday arissa! ;)


jumpa member2 lama x jumpa! & teena yg dah kurus spt sediakala *jeles* ;p


w kyra & laili yg mmg x penah jumpa since abis mmu!
*tau2 je dia kata baca blog ni ;p hi laili! hihi*

next, dinner @teh's crib :D


ibu hamil gigih memasak


15 years & still together.
now with daughters :D


syoknya eryna tido


*teena, aku amik from FB kamu yea :D


pic x brapa clear sbb pakai timer


hokey itu saja.
thanks for reading.
agar-agar milo saya sudah siap :D
g'nite!



Tuesday, August 03, 2010

babai rambut gugur

ingat tak entry saya pasal rambut gugur aritu?



so rasa mcm nak buat review sket la pasal shampoo himalaya tu.
after 2 months pakai (tak habis pun sebotol lagi) dah nampak result :D
so i guess it works on me, yeayy!


kalau dulu skali sapu lantai, risau tgk segenggam besar rambut gugur, now worry no more :D
of coz la still ada yang gugur, tapi tak banyak sangat la kan *suka*
ni baru try normal shampoo je, kalau pakai dgn tonic dia skali mebbe lebih berkesan.

so sapa2 yang belum jumpa shampoo utk kurangkan rambut gugur, boleh la try (berkesan tak berkesan i tak jamin la, tapi boleh la try kan ;)


my friend iza suggest pakai shampoo himalaya ni (for babies) utk lebatkan rambut *in my case- rambut athirah la kan ;p* tadi google baru 1st time nampak yang range for babies ni. nk try la cari.

Sunday, August 01, 2010

wknd o wknd

so loveliess, how's your wknd?
i sabtu keje, ahad lepak2 di rumah. (tu pun byk kali i & hubby asked each other- eh betul ke kita takde apapa arini? sbb mcm x caye lak xde activity & boleh lepak kat rumah kan ;p)

managed to capture this video time solat zohor smlm. rugi tak record awal2 time athirah tgh 'kusyuk' solat ;p ni dah hujung2 dia dah 'mengelat' sket hhehe..

1st time ni upload video guna youtube ;p
dunno whats wrong with blogspot nye video, asik error je?







amacam? boleh gi umrah tak macam ni? ;p

next, very late on that ptg sabtu, we managed to join aariz bday celeberation. terkejar2 sungguh, dah la hujan lebat. tak sempat nak pegi wedding raihana & bday nadhrah & aqilah, *sorry sgt yea farah! huhu :(


terkedek2 bawak present utk aariz.
pastu bila aariz (superman) amik nangis pulak ;p

seronok dpt jumpa cheesyana, farah & member2 mmu lain ;)
athirah & afif siap bersuap bagai ;p
thx ila & daus for inviting us! siap ada bekal tapau lagi tuu :D

ptg ahad, pegi mmu skejap nk jumpa my sis. rupanya2 mmu tgh convo so byk la event. tapi dah habis pun ;p sbb kitorng pegi pun dah ptg. gi mph tgk drg tgh buat longest dance marathon (7am-1opm) menari la tidak berhenti2 gitu. but bergilir2 la ikut groups, each group were given 8 slots. haa nari la sampai lebam ;p




koolness. chinese rambut karat pun rilek aje layan zapin.
err zapin ke aa? seeeee.. melayu sendiri pun tatau tarian ape ;p chaitt!






too bad i terlepas my sis punya performance.
kalau tak boleh la buat siaran lintas langsung kepada ibu bapa di rumah haha

my sis mmg tegar bab nari menari ni ;p kalau i la, pakai topeng pun belum tentu i sanggup ok! sbb tak biasa join kot?
teringat masa masuk battle of the band (i main keyboard for 2 bands- 1 lagu carpenters, 1 lagu guns & roses hohoho) tu pun rasa mcm terbelit urat kentut punya la neves! ;p


gambar bonus
*wpon benci tapi rinduuu ;p*


grafitti wall

lepas balik from mmu ni ada lagi satu tmpat lagi kitorng pegi.
next entry la ye, gambar blom transfer

hv a great monday everyone! ;)