Sunday, December 26, 2010

aquaria KLCC

marilah update segera sblm menjadi lapuk huhu.

sambungan from entry ni.
orang lain dah berzaman pi aquaria, kitorng baru sampai bulan ni.
plan asal nak pegi ramai2 dgn member2 lain, tapi sorry ek dah terpegi dulu. sbb Aquaria ni betul2 kat floor bawah PC fair tu. so alang2 dah pegi kan, masuk je lah.

aquaria ticket price:
adult (with mykad)= rm35
child 3-12yo (with mykad/mykid)= rm25
FREE for infant

kitorng masuk aquaria around 6pm mcm tu so dah tak ramai sgt org (last admission at 7pm, close at 8pm). tapi pegi lewat petang mcm ni tak dapat la tgk derang bagi fish makan.

mula2 athirah excited aa sbb tgk "fishh fissshh" tapi dah lama2 tgk banyakk sgt fish, dia pun dah tak larat nak sebut. layan kan aje la tengok fish hehe..


aquarium ni cantik!


pepari comel.
tapi awasss ok jgn dtg dekat2 sgt, nnt drg libas2 sampai tepercik air tu. notty haippp! ;p


oceanarium
haa kat sini la paling best kot. tapi boleh jadi tak best jugak kalau ada org2 kiasu mcm org kat depan kitorng tu. pulun amik gambar tanak gerak2 sampai org blakang semua 'jammed'. nak tunggu jaws lalu betul2 blakang anak2 drg then nak snappy2. kalo gambar tak jadi, tunggu pulak encik jaws lalu lagi skali. ewahh. pastu tukar position pulak. tunggu jaws lalu lagi. haihh pegi bela jaws sendiri la woi!
padahal tunnel ni boleh je round bnyk2 kali. kuar masuk kuar masuk la sampai jemu kan. kalau time peak hours tatau la camne keadaannye. mau sesak macam terowong al-muassim kot?


jeng jeng jeng jeng (soundtrack Jaws tak jadi)




last aquarium.
by this time mommy dah pancit. amik gambar sambil bersila kat lantai. mentang2 tempat ni gelap sikit jadi tak brapa nak malu sgt kan.


kehulu kehilir berenang bersama2.


jellyfish yg bertukar kaler ikut kaler lampu


kuda laut yg seperti dalam kesedihan


jaws makan budokk!


fridge magnets yang ceria

ok Aquaria done!
kitorng tour cepat2 je (about 55 mins). recommended aa pada sapa2 yg nak bawak anak2 tgk fish yg banyak. tapi kalau boleh avoid musim cuti skolah sebab sure ramai org & sesak dalam tu. nak tour pun tak selesa.

lepas solat maghrib then jalan2 pi Suria KLCC lak. ni pun bertahun dah tak pegi ;p (since kawen ni 1st time kot?? ;p)


lepak jap sbb athii nak tgk air pancut


sebelum masuk pasang niat konon nak shopping habis-habisan ;p

skali dah masuk, mcm pancit abis pulak. sempat dinner kejap, then terus blah. sempat beli kurma sepeket (shopping habis-habisan sangattt la kan hahaha). about 1 hour je kat sini, terus balik hotel sbb penat sgt.


athii pun dah duduk dalam stroller sbb tak larat nak jalan ;p

ok smbung lagi next entry yea :)





Wednesday, December 22, 2010

metrojaya carnival sale @ PICC


{more info here}


kebetulan tgh attend course kat PICC ni, so time break pegi la merayap pi sale ni kejap. selang 2-3 pintu je from bilik kursus. haih distraction sungguh la ;p

overall takde la best sangat sale dia. err.. tak best langsung kot? (pendapat saye la).
barang2 pun tak sebanyak macam masa sale nak raya aritu. dapat la beli 3-4 helai tshirt & sluar athirah.

pastu terjumpe plak mitch &marc watch & jewellery boxes. semua 50%off. haishh menggoda iman poket sungguh! dari smalam dok belek2 sebenarnye, nak beli ke idak, nak beli ke idak ;p ikut hati nak beli yg besar2 aje, tapi watches & jewelleries nye takde la banyak mana pun ;p





yg mcm ni lepas less about rm220-rm250!

haihh keperluan ke napsu semata2 nehh? (-_-)



benda2 tak best bila balik from bercuti

benda2 tak best bila balik from bercuti:

1) approaching area KL je, perasaan menjadi tak best! sesak sesak sesak! esp bau udara yg tak brapa nak fresh tu kan. rasa nak patah balik aje ke mana2 asalkan bukan ke kota metropolitan seperti KayEll (wah perlukah eja begini) dan kawasan yg sewaktu dengannye. huh!

2) memikirkan baju kotor yang nak dibasuh. hoh! tambah2 pulak dah 3 wknd berturut2 kitorng tak duduk rumah. 3 wknds berturut2 tido hotel aje katenye (macam2 urusan). beg pun ada yg belum unpack lagi, tskk!

3)eh, unpack kire point lain. pun tak suka jugak :(

4) masuk kerja. perghh punye lah malas. bangun tido pun amik masa kurang2 15 menet terpisat2 atas katil cari semangat nak pegi keje. err 15 menet kire ok gak tu, kadang2 silambam aje tido balik. malas plis plis plis!
elok2 pulak ni haa masuk kerja terus kena attend kursus 3 hari yang sangap lillazi haihhh! (mujur makanan sedap hikhik)
5 hari bekerja minggu ni agak mencabar. cepat la jumaat sbb next week nak cuti sampai new year. bai bai 2010! *tu dia konfiden aje bai-bai kan* err.. tapi nak holiday ke mana belum pikir lagi. tunggu jumaat kang la baru pikir kot.

5) nak pikir pasal upcoming event- alamak bday athirah tak sampai sebulan lagik! tahap sindrom Malas saya sungguh super loba2 sampai nak buat birthday party anak pun malas. bolehh?

6) transfer gambar2 percutian secara pukal tetapi taktau bile nak upload. baik kat blog or fesbook. kalau masa kecik2 dulu, balik from holiday je cepat2 suruh abah antar cuci film kat kedai gambar. pastu kat dlm kulit album tu nnt tulis "Percutian ke xxxxxx, 12 Dec-16 Dec 199x". kadang2 satu trip siap ada sampai 3-4 album (kopak duit abah ko kan. tgk2 pulak gambar blur la, goyang la) hikhik. ala mcm korang tak aje kan? ;p
zaman skang? nan ado nak cuci2 ni. silap2 kalau notebook crashed/thumbdrive/CD hilang, hilang aa semua. huhu.. (jadi harap memahami ye kalau blog ni penuh dgn gamba aje kang)

eh ape banyak pulak bebel ni, nnt aa esok luse try update. dan melawat belog2 kamu semua :D

nite2 lovelies! (*_*)

Thursday, December 16, 2010

holiday 'terpijak'

ola!
takbleh nk update pjg2 sbb battery laptop nak abis.
ni dalam kete smntare tunggu hubby smyg jumaat & athirah tido kat seat blakang.
we'ols skang kat penang u'ols :D
very last minute plan, tau2 dah ade kat penang. nak tau knapa holiday 'terpijak' later cerita ye :D lepas ni nak pekena nasik kandaq 3rd round, pastu naik feri, & heading to our next destination :D


*sorry farah, rasanya x dpt dtg birthday afif esok huhu.. afif, nnt jumpe auntie bagi present yea :D

happy wknd peeps, enjoy!! :D

Tuesday, December 14, 2010

PC Fair KLCC

hi auntiess.. athii kembali lagi :D

last weekend kan athii ikut daddy pegi PC fair kat klcc. daddy ada keje kat sana. athii dgn mommy sibuk2 aje ikut sekali. boring dok rumah (kata mommy lah ;p)



kire ni 1st time aa athii pegi PC fair. rupa2nya mommy pun sama. dia kata dia tak suka sgt pegi PC fair, slalu pesan kat kawan2 aje. walaupon dia keje IT, dia lagi suka pegi sale handbag ke kasut ke ;p



(haa ini la mommy yg dimaksudkan)
sian mommy, dia kena dukung athii. stroller tak boleh bawak masuk.
pastu athii tak larat nak jalan sbb luas sgt tempat tu, penatt la (-_-)



daddy tengah buat presentation. athii asek tepuk2 tangan tengok daddy atas stage. mommy pulak asik warning athii jangan jerit 'daddy daddy!' kuat2 sgt, nanti orang pandang 'slack' pulak. huhu..



lepas abis presentation, athii ikut daddy pegi booth unifi.
athii bukan nak sign up, tapi nak tgk upin ipin :D



athii tgh tunggu turn nak masuk changing room sebab terpoo-poo pulak hikhik. mommy soh main jauh2 sket supaya org lain tau bau ;p



lepas lunch, kitorng check in kat impiana klcc. tido sini sbb esok daddy kena buat presentation lagi. takde penat nak ulang alik balik putrajaya kan.


bestnye dapat lepak2 cenggini.
paling penting hijack remote control TV siap2. cartoon rules!



daddy kata lepas semayang nanti nak bawak athii dgn mommy pegi aquaria tgk fishhh. yeay yeayyy!

nnt athii sambung yea. nak upload gambar yg byk2 tu :D

Monday, December 13, 2010

kita hanya merancang...


acehhh tajukk.. ;p


9 Disember: sepatutnya kitorng sefamily (+my parents+adik) dah berangkat pergi menunaikan umrah. passport athirah pun dah buat, gambar visa pun dah ambik.



then, adelah sorang tu terrrpregnant la pulak kan.. *hihiks*
berbelah bagi jugak la mula2 tu either nak pegi ke tak.. sbb kalau pegi, i'm about 13-14wks pregnant. dgn long hour flight, travel sana sini, nak handle athirah lagi, pastu asik sakit kepala je since pregnant, larat ke nnt??

bila tanya opinion my gynae, dia kata 'i advice u tak payah pegi. tapi u buat la semayang istikharah, tgk mcm mana.." hmmm.. pikir punya pikir, last2 decide nak pegi jugak. sbb macam teringinnn sgt nak pegi sana & bukan senang dpt peluang nak pegi 1 family kan.

pastu bile dah decide jadi nak pegi, kena pegi klinik amik vaccine (tak ingat ape name vaccine tu). gynae i tanak bagi sbb dia kata dia TAK bagi vaccine tu pada ibu2 mengandung in 1st trimester. baby baru nak develop katanye, takut ada side effect pada baby. haaa sudah, camne deknon? then try jugak la tanya kat klinik2 lain, lebih kurang camtu jugak la jawapannye.

pastu abah cakap, time2 camni (org baru abis buat haji) penyakit banyak kat sana, sbb yela brapa org juta pegi haji, paling kurang pun kena batuk2. org ludah kahak sana sini, so mcm kotor la sket kan & mebbe senang kena penyakit (based on his experience pegi haji dulu). so kalau pegi w/o vaccines lagi la bahaya kan.. so end up, tak jadi la pegi. parents dgn adik je la pegi. sobsobb.. frust jugak la tapi tak berani nak take the risks.. after all, mebbe belum sampai turn nk jadi tetamuNya.

skali dah dekat2 nak pegi, travel agent tu cakap still x dapat visa. mebbe this week baru dapat & travel date belum confirm (depends on bila visa dapat). by that time mebbe cuti sekolah pun dah nak abis (means susah la utk mak sbb dia cikgu kan), end up, abah cancel je umrah trip tu. huhuuhu. semua tak jadi pegi.


sudahnya, drg 'berangkat' datang putrajaya je la pada hari sepatutnye kitorng gi umrah tu hihihiii..

elok2 pulak esoknye tu birthday abah. so blanje la drg dinner kat Putrajaya Lake Club. (cari yg dekat2 je sbb working days kan, jauh2 kang i tak larat noks)

so happy birthday Abah, semoga murah rezeki, dipanjangkan umur & diberikan kesihatan yg baik (boleh main dgn cucu2 yang akan dtg insyaAllah :D) I LOVE U ok :)


motif athirah amik gambar jejauh camni kan?





hubby tak dapat join sbb busy dgn preparation PC fair @KLCC. yg ni citer kendian ye.

skang tgh pikir mana nak pi holiday year end ni.
hubby kena force leave from christmas until new year. so rasenye saye pun nak apply leave time tu gak. wpon balance cuti banyak lagi tapi carry fwd la to next year. next year lagi byk nak pakai cuti rasanya. CHOPPP! pekeliling cuti bersalin 90 hari for govt servants dah kuar ok! *yibbbbaaa yibbaa angreeeyy* [check sini]

pastu alang2 passport athirah dah ade ni, rugi la kalau tak travel. lagipun next month dia dah 2 thn, nnt naik flight dah tak dapat rate infant lagi huhuhu ;p

macam nak pegi bandung, tapi kalau pegi pun early next year kot?
tak pun nak pegi singapore..
tak pun langkawi ke..
tak pun pi bukit merah or pangkor je lah, dkt sikit nak balik kg ;p

wahhhh berangan kemain.. (kita hanya merancang ;p) tgk la nanti mcm mana. mana yg sempat layan kan aje lah ;) jgn terperap dlm bilik aje udah la labuu (sbnrnye still dlm mood malas2 dari aritu sampai la skang huhu)


*ada sapa2 penah pegi bukit merah laketown resort? best tak?
**ke sapa2 ada cdgn lagi best utk bawak toddler beserta ibu mengandung yg malas2 bergerak?





Sunday, December 12, 2010

PTPTN interest rate reduction

tau kan yg interest rate PTPTN dah reduce from 3% to 1%?
so now boleh apply/ update utk reduction tu online. [click here]

just kena isi IC no & email address. nnt drg akan inform accordingly melalui e-mail.



jom apply skang jom! kalau tak nanti rugi ;p





Wednesday, December 08, 2010

anniversary ke 34!



last weekend my PIL celebrated their 34th wedding anniversary!


Happy 34th Anniversary Ibu & Ayah :)
*font nye gemok2 sampai susah nak baca ;p*


cucu2 yang pulak yg terlebih excited (semua nak claim birthday masing2 kan ;p)
athirah kalau nampak cake with candle sibuk cakap "to youu.. to you.." (happy birthday tatau sebut lagi ;p)


haihh bila la nak potong kek ni, mak ngah sibuk je nak amik gambar ;p


cucu2 suapkan kek kat atok & nenek :)

semoga murah rezeki atok & nenek, diberikan kesihatan & kelapangan hati, insyaAllah :)

teringat ada jiran depan rumah saya (kt mjg), celebrate anniversary ke-50. anak2 dia buat celebration punya la besar2an, macam dah kenduri kawen lagi skali. siap tempah baju, buat 'hantaran', hias 'bilik pengantin', & paling best siap berarak & berkompang okk! :D

uncle & auntie tu mmg well known as romantic couple la. pagi2 mesti nampak drg jogging/ jln sama2, kdg2 pegang tangan, pastu pakai sport shoes kaler sama (kaler merah ok), sehati sejiwa sungguh :) saya selalu intai ikut tingkap, suka tgk sbb macam sweeeeet sangat kan *stalker orang tua ;p*

alhamdulillah seronok kan kalau dah tua masih bahagia hidup bersama, anak dah besar & kerja bagus2 (tapi tak lupa orang tua). sejuk perut ibu mengandung.

err off topic jap.. sapa tgk drama tv3 masa maal hijrah aritu? yg zamarul jadi cacat tu? emosi betullah. kesian makcik tu dah tua2 still kena tanggung anak2.
sorang anak cacat (tp dia baik & still try kerja nak cari duit),
sorang lg malas nak kerja, asik la nak mencuri duit mak & abang dia *keji*,
sorang lagi berabis utang along sana sini sbb ikut kehendak bini, bile dah takde duit mintak mak *dayus*,
yg anak perempuan pulak terpakse ikut cakap suami jgn bagi duit kat mak, jgn pegi rumah mak kalau dia tak izinkan, bawak mak pegi hospital pun nyaris2 kena cerai! haih!

sudahnye mak tu kerja siang malam nak bagi anak duit, makan minum, jamin anak dalam lokap. end up mati keras mak tu atas kubur. sampai mati tak merasa idup senang duit anak2 :(

wpon agak drama2 di situ tapi in reality pun byk je kes cmni ok, penah jumpe family mcm ni (tinggal takde part mati atas kubur tu je lagi). sedeh sedeh. pastu zaman skarang, banyak sangat dengar kes org bercerai. baru kawin 2-3 tahun bercerai. masuk sehati berdansa pastu bercerai. opssss!

eh ok la lari topik byk sgt pulak.
doa2 dijauhkan la benda2 mcm tu. sebenarnya nak cerita happy2 pasal anniversary aje. tapi betullah kan, anniversary kalau sambut berdua je sangap lah. kalau anak cucu semua dapat gather skali sure derang seronok kan :)

so far anniversary parents saya slalu nye bawak drg pegi makan best2 sikit, or belikan kek, or bagi hadiah yg dua2 boleh pakai. teringin jugak nak belanja drg pegi vacation ala2 honeymoon, tapi belum cukup duit berkesempatan lagi.

anniversary parents korang, korang celebrate mcm mana? ada idea best?





Tuesday, December 07, 2010

ratna's engagement

last weekend ratna telah bertunang yeay! *congrats ratena*

tapi last weeknd jugak saye ade kursus kat nilai. abis je kursus 2pm terus zasssss pegi rumah ratna. from nilai- sg penchala took about 1 hr jugak la kan, by the time sampai orang semua dah start makan. so terlepas aa nak tgk part2 penting tu, sempat part makan je (eh penting jugak ape ;p)


with beloved penindas.
mun takde sbb pi marathon kat spore ;p
fara pun just got engaged *congrats! ;)*
& another penindas (identiti dirahsiakan buat masa ni ;p) is pregnant too! *yeayy! kitorng beza 1 week je* (hint kpd ahli penindas: boleh la buat baby shower kitorng togede2 laterrr ye u'loss hikhik)




again, congrats sweeety!
her wedding date sgt dekat dgn my EDD. hope i can make it before baby boom! ;p



Sunday, December 05, 2010

an update on..

..my 2nd pregnancy :)

1st of all THANKS ye pada semua yg comment on previous entry, yg call, yg sms, tengkiu2 :) Alhamdullillah rezeki.. i'm now entering my 2nd trimester (14 weeks)
sorryla pada kawan2 yg saya lambat bgtau, paham2 je la kan awal2 ni, cuak juga. dah la tak brapa nk prepare kan ;p nampaknye kekdah natural planning tu works for almost 20months je lah ;p rasa macam dah kira betul2 cycle tu, tapi terbabas juge rupenye hahaha *pfttt* ingatkan paling awal pun next year baru nk try conceive, tapi rezeki awal nampaknye :)

seriously mula2 nampak pregnancy test result yg +ve tu excited gila tapi nervous at the same time. Ok ke pregnant skang? Agak2 doctor marah tak? (i was csect remember?) huhuhu.. terus google. tgk2 byk je case org pregnant smula after tak smpai 1yr after csect! *ngeri/ ngilu jugak la kan huhu* shud be ok, cuma risk level differs on diff cases lah.

time detect pregnant tu i'm about 4wks pregnant. then the following week slambe badak fly outstaton pegi KK. Alhmdulillah xde pape, thanks kat boss sbb tolong angkatkan luggage. balik2 tu athirah pulak kena HFMD 2nd time. mencabar tul lah, emosi dah aa tak stabil.

sambil2 tunggu athirah time warded tu, pegi check up dgn gynae. sebbaik dia kata ok je sbb athirah pun dh nak masuk 2thn *fuhh legaa ;p* scan pun baru nampak seketul daging camtu ;)

Pregnancy wk 6-13 went pretty well (in term of appetite ;p) unlike masa pregnant athirah dulu, tak selera makan, so everyday muntah muntah muntah. this time so far baru skali je muntah, tu pun muntah angin.
Masa pregnant athirah dulu hari2 mesti nk minum orange juice/peelfrsh orange/twister orange. Kali ni masam2 tanak langsung, nk manis je, hari2 milo (panas /sejuk/kotak) air kotak choc, kek coklat anything yg coklat2 la (read: matilak gemokk!) pastu nak mempelam manis. tiap2 minggu mesti stock up kat psar malam huhu.

Addiction to nescafe stop terus. sikit pun x teringin. dulu time pregant athirah bantai minum jugak. Ada 2 benda je yg sama- suka minum soya & makan nasik lemak hihi (ye liz, betul lah part nasik lemak celcom tu ;p) errrr... rasanye this time perut lagi cepat besar dari dulu huhu.. masa pregnant athirah 3 months boleh rileks2 pakai kebaya lagi, skang nan adoooo ;p

tapi pregnant kali ni asik pening & sakit kepala. Hari2 sakit kepala. kalau tak pagi, tghari. Or malam. Balik keje sure melepek. nk online pun mmg malas la kan bile dah sakit kepala.
Last week dah buat another check up, kat klinik kesihatan (buat buku merah). Procedure pun ada beza sket dgn dulu. skang siap dgn check gigi skali. ujung bulan ada appointment for scaling. doc kata tu pun kalau tak muntah2 la. kang kalo bukak mulut luas2 dah nak wekk wekk ape cite kan.

hmm beside than the pregnancy story, ada cite tak best- pasal nursery athirah. rasanya ramai dah tau. sbb keluar kat paper aritu. huhu tekanan betullla. dah ujung2 tahun ni nak tukar nursery pun payah. &*^$%$#@ pening pening! dah takmo cakap pasal ni nanti emo :(

anyway, doakan kandungan saya selamat ye, insyaAllah.
can't wait to breastfeed lagi sekali! :D


Wednesday, December 01, 2010