Monday, May 23, 2011

random

1) Alhamdulillah, sakit mata almost gone.
tinggal bengkak sikit lagi & kesan sembab mcm org lps nangis. huhu tobat kalau boleh x nak kena lg dah, seksa.. wpon MC berderet2 sampai 3minggu tapi x leh nak buat ape pun- cuaca skang tgh panas gile + aritu siap jerebu lagi, bdn pulak tgh sarat & tak larat nk g shopping ke jln2 ke pi holiday ke. nak online pun x best sbb mata perit & blur2 je. duduk memerap kat rumah baring tido je lah.
mula2 kene sebelah je, then terjangkit lak kat sebelah lagi. agaknye sbb mlm2 tido asik tukar position ngiring kiri kanan kan. last week jumpa doc pakar dia korek2 sket buang selaput, baru ok huhuhu... so now still on MC smpai end of this week. (sbb doc tu tak agak2 bagi MC straight 9 hari, hamekk!)

2) seminggu ni susah betul nak lena.
paling awal boleh tido 3am! before tu baby akan sgt aktif smpai senak n rasa terkembang kuncup dibuatnye. huhu sakit.. *practicing mode berjaga malam dah start ;p* lepas ni babai la malam2 indahku huhu.. :p

3) kalau boleh nk deliver ASAP sbb rasa x larat dh nak buat semua benda, berat smcm. kat bwh tu rasa sakit sngal2. last week punya check up doc scan baby dah 3.4kgs!! *aiyayaya!* kalau boleh xnak baby besar2 sgt sbb teringin sgt nk bersalin normal kali ni (kalau diizinkan Allah, amin). tapi xpelah, tgkla mcm mana nnt, hopefully dipermudahkan. kita hanya mampu merancang.. (tanak pressure sgt bab ni huhu)

4) tapi kalau dpt deliver end of this week pun would be nice sbb abah & adik dah balik from umrah. mak pulak start cuti sekolah. senang sket kalau semua org ada. boleh tolong jagakan athirah. Athii nak dpt adik ni biasa la mengada & clingy sket, esp dgn daddy dia.

5) lega sikit sbb dh submit proposal utk scholarship smbung study. siap jugak wpon last minute! tu pun aci tibai je, janji siap. org lain siap buat reference jumpa lecturer etc. dah sakit mata nak jumpe org pun susah. kalau ade rezeki adelah, kalau xde cube lagi next time. yg best sbb blajar full time, gaji jalan, allowance pun dapat. tak ke mcm best tu? (padahal malas nak kerje sbnrnye hihi ;p)

6) Medela FS belum beli lg, asikla dok browse handbag online haha apakah?! *ada percanggahan nafsu di situ*

7) Lamaze inchworm ada balance beberapa ekor lg. more than 50pcs sold. (hubby kata i penjual cacing berjaya hihi). Eh ni apa kaitan? ;p

8) Nama baby belum confirm lagi. bukan sbb byk sgt shortlist, tapi sbb xde list langsung huhu. mcm masa athirah dulu la, i dah terpikir & berkenan nk letak nama Athirah, tu je lah sampai ke sudah. hubby pun suggest 1 nama blakang, so thats it. huhu.. bunyi mcm ibubapa pemalas tapi xpelah, rasanya kami x fussy sgt bab2 nama ni. yang penting ada makna yg baik2, xperlu yg style2 sgt. biar senang sebut, senang nak tulis kat kertas exam esok2.

9) hmmm ape lagi nak bebel ni. dah pukul 2pg tapi still x ngantuk.

10) oh smalam (ari ahad) sgt seronok sbb dpt buat macam2. tp nnt la cite sbb xleh nak transfer gambar, cable hilang tskk!

*thanks to readers yg hantar email tanya psl hal ehwal pregnancy, hospital, umrah etc. tak sempat nak reply lagi, insyaAllah i'll try to reply asap.

**al Fatihah utk mangsa2 tanah runtuh rumah anak2 yatim kat hulu langat kemarin. sedih sgt rasanya. hanya mampu tersedu sedan baca paper kat rumah & mendoakan mereka semua ditempatkan di syurga, Amin..

6 comments:

semut-terbersin said...

aku jugeee!! mata tak boleh lena! puas dok golek2, tak gak tido2..aiseh!
ee bezznye nak sambung study!all the best!

Liz Rohaizat said...

lamanya ko sakit mata. mesti seksa. aku yg kena sekejapa aritu pun rasa tak selesa sgt.

baby dah 3.4kg? hebat la ko. tak kesah la tu. asalkan dipermudahkan bersalin nanti dan baby tu sihat.

p!nkerton said...

ila- huhu tu ah, sbbaik tgh MC, kalau hari keje harus aku sambung tido kat opis pulak kang ;p huhu aku apply je, ala2 mustahil jugak nak dapat tu haha!

liz- tu pasall. lgpun doc kasi ubat yg lite2 aje sbb pregnant kan, tu yg lama sket nak baik tu.
besar kan? tskk! cuak aku dibuatnye. dulu deliver athirah 3.05je. insyaAllah, aminnnn..

fetty cute said...

salam, aku doakan ko dipermudahkan semasa bersalin nanti..moga dapat bersalin normal...ameen..take care

FrH said...

syok gilee mc sampai 3minggu .. hehe.

i harap u dapat deliver normal. kita sama kes, hope 2nd ni dpt normal plak =) btw, kadang2 estimate weight tu xbleh pakai sgt pon .. ckp besar tetiba kuar kecik jek .. lg plak u weight xbyk naik ..

haha percanggahan nafsu tu xbleh blah!!! haha

p!nkerton said...

fetty- TQ fetty! aminn.. :)

FrH- tu psl, tapi lepak2 aje la huhu.. aminn.. tu la, mintak2 biarla banyak ralat penimbang di situ hihi.. dah dapat duit byk2 tu gelap mata tu. terus nafsu bercanggah ;p